Syahid? Apa tu?

Assalamualaikum w.b.t and selamat sejahtera semua..

Syahid? Apa tu? Kita selalu dengar orang cakap, "Aku nak mati syahid, tak kena seksa kubur", and "Orang mati syahid ni banyak kelebihan masa akhirat nanti".

Sebut je syahid, kita mesti terikir pasal orang yang pergi berperang and meninggal dunia di medan perang.. Tak semestinya dik.

Kata Encik Wikipedia :-
Dalam Islam, mati syahid bererti Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah.

Siapa yang berjuang membela :-
  1. Harta miliknya
  2. Jiwanya
  3. Keluarganya
  4. Agamanya
dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah.


However, did you know that syahid sebenarnya dikategorikan kepada 3 bahagian?

1) Syahid Dunia Akhirat

  • Syahid dengan darjat yang paling tinggi
  • Orang yang mati syahid ini tidak dimandikan , tidak dikafankan dan tidak di sembahyangkan. Mereka akan dikebumikan bersama pakaian dan darah yang masih ada pada tubuh badan mereka.
  • Di hari akhirat mereka akan dibangkitkan dengan darah yang masih merah tetapi darah itu berbau sangat harum sehingga manusia lain di padang Mahsyar sangat senang dengan mereka. Golongan ini adalah golongan yang terkorban kerana mempertahankan agama di medan jihad menentang orang kafir.
Ulama meletakkan beberapa syarat untuk kategori ni.
  •  Perang yang disertai mestilah perang yang diistiharkan oleh pemerintah Islam menentang golongan kafir di medan jihad.
  • Perang saudara (sesama Islam) and perang antara orang Islam dengan bukan Islam tetapi bukan atas sebab agama (rusuhan kaum berebut kawasan, pertikaian berhubung dasar, polisi tertentu dan sebagainya) tak termasuk dalam kategori ni.


2) Syahid Akhirat
  • Syahid akhirat yang diberi limpahan kurnia yang besar daripada Allah swt di alam barzakh serta hari akhirat. 
  • Jenazah diuruskan macam kematian yang biasa, dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.
Kategori ini berdasarkan Hadis nabi saw ketika baginda bertanya kepada sahabat;”Siapa yang kamu kira sebagai syahid? Mereka menjawab : Orang yang terbunuh di medan jihad fi sabillilah. Baginda menjawab : Jika begitu sungguh sedikit syuhada daripada kalangan umatku, sesiapa yang dibunuh pada jalan Allah adalah syahid,sesiapa yang terkorban (seperti kemalangan, terkena tembakan rakan sendiri dan sebagainya) di jalan Allah adalah syahid, sesiapa yang mati kerana taun,kerana sakit dalam perut, kerana lemas adalah syahid. ”(Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain, golongan yang juga dikira sebagai mati syahid akhirat :-
  • Mati terbakar
  • Ditimpa runtuhan
  • Mati bersalin
  • Mati mempertahankan harta ,maruah diri dan keluarga 
Jadi, ada kemungkinan besar anggota keselamatan negara kita yang terkorban kerana mempertahankan keutuhan dan kedaulatan negara mati syahid namun dikategorikan sebagai syahid akhirat. Oleh kerana itu kita lihat jenazah mereka dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan seperti biasa tetapi hakikatnya mereka adalah syuhada di sisi Allah jika niat dan perlakuan mereka ikhlas serta tulus kerana Allah swt.

Allahu A'lam.


3) Syahid Dunia

  • Ketiganya, syahid dunia iaitu mereka yang tebunuh di medan jihad fi sabilillah tetapi niat bukan untuk mempertahankan agama sebaliknya semata-mata menunjukkan kemegahan diri, kaum atau bangsa. Boleh jadi mereka yang membuat onar di medan jihad.
  • Contohnya, di zaman Rasullulah, ada pejuang dalam diam yang menyembunyikan harta rampasan perang untuk kepentingan diri sendiri.
  • Jenazah diurus seperti syuhada (syahid dunia akhirat) Golongan ini pada pandangan mata kasar adalah syahid, diuruskan seperti syuhada yang lain, tidak dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan tetapi hakikatnya di sisi Allah mereka adalah pengkianat. 
  • Golongan seperti di bawa ke hadapan pengadilan Allah lalu Allah swt berfirman: “Engkau berkata dusta, engkau berperang supaya dikatakan seorang yang berani, dan memang engkau telah mendapat pujian itu, lalu ia diseret dan dihumban ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim)
Semoga kita dikurniakan hati yang suci dalam melaksanakan apa saja amalan dengan ikhlas serta jujur supaya diterima oleh Allah swt.

Sekian.
Salah dan silap harap ditegur.

Biar salah ditegur, asal jangan ilmu salah dijaja.


Popular posts from this blog

Kotak Hati :)

PLEASE, Focus on the Bigger Issues First.